Putera Henry, Duke Sussex (Henry Charles Albert David; diputerakan pada
September 15,
1984; lebih dikenali sebagai
Putera Harry) merupakan putera kedua
Charles, Putera dari Wales dan isteri pertamanya, mendiang
Diana, Puteri dari Wales. Baginda merupakan pewaris keempat dalam
baris pengganti takhta British dan juga dalam baris pengganti takhta
Negara - negara Komanwel, yang di dahului oleh ayahandanya, kakandanya,
Putera William dari Wales dan anakanda saudaranya
Putera George dari Cambridge. Baginda merupakan paduka cucunda kepada
Ratu Elizabeth II dan
Putera Philip.Selepas menamatkan pengajian di beberapa buah sekolah di
United Kingdom, Putera Harry menghabiskan cuti tahunannya di
Australia dan
Lesotho. Harry yang memilih kerja tentera, menjalani latihan pegawai di
Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Baginda telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di
Regimen Household Cavalry—berkhidmat sementara bersama kakandanya—dan menyempurnakan latihan baginda sebagai Komander kereta kebal. Pada tahun
2007 -
2008, baginda berkhidmat
selama 77 hari di barisan hadapan dalam
Perang Afghanistan, walaupun baginda telah dikeluarkan berikutan cerita yang dipaparkan dalam sebuah majalah Australia. Baginda berangkat pulang ke
Afghanistan untuk 20 minggu penempatan pada 2012 - 2013.